PM: RTM siar aksi Harimau Malaya sepanjang Piala ASEAN FIFA 2026

24 Sep 2026, 9:11 AM
PM: RTM siar aksi Harimau Malaya sepanjang Piala ASEAN FIFA 2026

SHAH ALAM, 24 SEPT: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung aksi Harimau Malaya dalam saingan Piala ASEAN FIFA 2026, bermula dengan perlawanan menentang Bangladesh esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi berita itu selepas menerima banyak pertanyaan penyokong mengenai saluran yang akan menyiarkan aksi skuad kebangsaan.

“Alhamdulillah, saya nak kongsikan berita baik. RTM akan menyiarkan secara langsung perlawanan Harimau Malaya,” katanya.

Menurut Anwar, siaran langsung berkenaan akan bermula dengan perlawanan Malaysia menentang Bangladesh.

Beliau turut menyeru rakyat memberi sokongan penuh kepada Harimau Malaya yang bakal memulakan cabaran dalam kejohanan berkenaan.

“Ayuh, kita beri sokongan padu kepada pasukan negara!” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, penyokong Harimau Malaya menantikan pengesahan mengenai saluran yang akan membawa siaran langsung aksi pembukaan skuad negara.

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila RTM mengesahkan bakal menyiarkan perlawanan Malaysia menentang Bangladesh.

Pengesahan berkenaan dibuat menerusi hantaran di laman Facebook rasmi RTM hari ini.

RTM memaklumkan siaran eksklusif perlawanan Malaysia menentang Bangladesh itu dijadual berlangsung di Jakarta, esok.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.