Sukan Asia: Atlet e-sukan sumbang emas kedua Malaysia, juarai GT7

23 Sep 2026, 5:40 AM
Sukan Asia: Atlet e-sukan sumbang emas kedua Malaysia, juarai GT7
Sukan Asia: Atlet e-sukan sumbang emas kedua Malaysia, juarai GT7

AICHI, 23 SEPT: Atlet e-sukan negara, Taj Izrin Aiman Taj Madira menghadiahkan pingat emas kedua buat Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli saingan Gran Turismo 7 (GT7) di Aichi Sky Expo di sini hari ini.

Pelumba berusia 27 tahun itu tenang mempamerkan pemanduan penuh disiplin sepanjang tiga perlumbaan sebelum mengesahkan kejuaraan dengan mengumpul keseluruhan 36 mata.

Beliau mengekalkan fokus untuk mengumpul mata penting pada setiap perlumbaan dengan menamatkan perlumbaan pertama dan kedua di tempat kedua sebelum bangkit meraih petak pertama pada perlumbaan terakhir.

Kejayaan itu menyaksikan Izrin Aiman menampilkan kebangkitan pada perlumbaan terakhir untuk memastikan kutipan mata keseluruhan yang mencukupi bagi mengesahkan kejuaraan.

Pingat emas tersebut merupakan emas kedua kontinjen negara setakat ini selepas kejayaan menerusi atlet karate wanita negara, Adeola Fay Robert, semalam.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.