Jerebu: Johan Setia, Shah Alam antara 17 lokasi di seluruh negara catat IPU tidak sihat

21 Sep 2026, 8:57 AM
Jerebu: Johan Setia, Shah Alam antara 17 lokasi di seluruh negara catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Sebanyak 17 kawasan masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Kapit di Sarawak merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain di Sarawak yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (167), Sibu (164), Sri Aman (163), Bintulu (160) dan Samalaju (158).

Selain itu, Kuching dan Cheras, Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan bacaan 157 manakala Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing merekodkan 156.

Samarahan dan Miri, Sarawak masing-masing merekodkan bacaan 155 dan 153, diikuti Seremban, Negeri Sembilan (152), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (143), Johan Setia (133), Shah Alam, Selangor (123) serta Sarikei, Sarawak (104).

Sementara itu, sebanyak 41 kawasan mencatatkan bacaan pada tahap sederhana manakala enam kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.