Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi setakat 7 pagi

22 Okt 2026, 11:53 PM
Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi setakat 7 pagi

SHAH ALAM, 23 OKT: Johan Setia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Malaysia pada bacaan 162 setakat jam 7 pagi ini, dengan lima kawasan di Selangor merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), selain Johan Setia, Klang merekodkan bacaan IPU 160, diikuti Petaling (158), Shah Alam (156) dan Banting (154).

Di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatatkan bacaan IPU 157, manakala Cheras merekodkan 136. Putrajaya pula mencatatkan bacaan 153.

Di Negeri Sembilan, Nilai dan Seremban masing-masing merekodkan bacaan IPU 159, manakala Port Dickson mencatatkan 106.

Sementara itu, tiga kawasan di Melaka turut merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Bukit Rambai (151), Bandaraya Melaka (136) dan Alor Gajah (121).

Di Johor, bacaan IPU tidak sihat direkodkan di Batu Pahat dengan bacaan 151 dan Tangkak (140).

Secara keseluruhan, APIMS melaporkan 49 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.