Polis tahan lelaki curi kabel guna pacuan empat roda

21 Sep 2026, 12:16 AM
Polis tahan lelaki curi kabel guna pacuan empat roda

SHAH ALAM, 21 SEPT: Seorang lelaki ditahan polis ketika cuba menarik keluar kabel dari lurang menggunakan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Tasik Tambahan, Ampang, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata polis menerima panggilan orang awam kira-kira jam 3.59 pagi memaklumkan sekumpulan individu disyaki mencuri kabel berhampiran Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasik Tambahan.

Beliau berkata, susulan maklumat itu, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ampang Jaya mengarahkan sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) ke lokasi untuk tindakan awal.

"Sepasukan polis dari Balai Polis Ampang bersama MPV tiba di lokasi kira-kira jam 4.18 pagi dan mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang menarik keluar kabel daripada sebuah lurang.

"Kenderaan itu dipandu seorang lelaki tempatan sebelum polis menahannya serta merampas kenderaan dan barangan berkaitan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, semalam.

Khairul Anuar berkata, polis turut mengesan satu hantaran video mengenai kejadian itu yang tular di TikTok, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.