Tiga kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat, Shah Alam tertinggi

20 Sep 2026, 2:52 AM
Tiga kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat, Shah Alam tertinggi

SHAH ALAM, 20 SEPT: Tiga kawasan di Selangor merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Shah Alam mencatat bacaan tertinggi 153 setakat jam 10.30 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Petaling Jaya merekodkan bacaan 107 manakala Johan Setia mencatat IPU 102.

Secara keseluruhan, sebanyak 23 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat, 39 kawasan merekodkan bacaan sederhana manakala lima kawasan berada pada tahap baik.

IPD Serian, Sarawak mencatat bacaan IPU tertinggi negara iaitu 182, diikuti Samarahan (169), Kuching (165) dan Sri Aman (162).

Di Johor, Larkin merekodkan bacaan 161, manakala Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Pasir Gudang masing-masing mencatat IPU antara 153 hingga 155.

Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing merekodkan bacaan 155, sementara Bintulu, Sarawak mencatat 154.

Kawasan lain yang berada pada tahap tidak sihat termasuk Sibu (152), Seremban (140), Cheras (138), Bandaraya Melaka (122), Bukit Rambai (121), Samalaju (111), Politeknik Kota Kinabalu (111) dan Sarikei (108).

Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana dan 101 hingga 200 tidak sihat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.