Jerebu: Shah Alam antara 17 kawasan catat IPU tidak sihat

20 Sep 2026, 12:17 AM
Jerebu: Shah Alam antara 17 kawasan catat IPU tidak sihat
Jerebu: Shah Alam antara 17 kawasan catat IPU tidak sihat
Jerebu: Shah Alam antara 17 kawasan catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 20 SEPT: Shah Alam menjadi satu-satunya kawasan di Selangor yang merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 153 setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 17 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU tidak sihat, dengan IPD Serian, Sarawak mencatat bacaan tertinggi iaitu 182.

Dua lagi kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tinggi iaitu Samarahan (168) dan Sri Aman (164), diikuti Larkin, Johor (162) serta Pasir Gudang, Johor (155).

Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing mencatat bacaan 154, sama seperti Batu Pahat, Johor.

Selain itu, Segamat, Johor serta Bintulu dan Sibu di Sarawak turut mencatat bacaan sama iaitu 153.

Tangkak, Johor pula merekodkan IPU 152, diikuti Sarikei, Sarawak (123), Bukit Rambai, Melaka dan Kota Tinggi, Johor masing-masing 110 serta Bandaraya Melaka (107).

Pada masa sama, sebanyak 34 kawasan di seluruh negara mencatat kualiti udara pada tahap sederhana manakala lima kawasan berada pada tahap baik.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.