Jerebu: Shah Alam, Petaling Jaya catat IPU tidak sihat

19 Sep 2026, 12:29 AM
Jerebu: Shah Alam, Petaling Jaya catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 19 SEPT: Dua kawasan di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Shah Alam mencatat bacaan 156 manakala Petaling Jaya 151 setakat jam 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan itu meletakkan Shah Alam antara kawasan yang merekodkan paras IPU tertinggi dalam negara.

Kuching, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 168, diikuti Serian dengan 168, Seri Manjung, Perak (164), Samarahan, Sarawak (163), Sri Aman, Sarawak (161) dan Sibu, Sarawak (160).

Selain Shah Alam, Batu Muda di Kuala Lumpur turut mencatat bacaan 156, manakala Cheras dan Putrajaya masing-masing merekodkan IPU 155.

Sarikei, Sarawak mencatat bacaan 152, sementara Petaling Jaya, Nilai di Negeri Sembilan dan Bintulu, Sarawak masing-masing merekodkan IPU 151.

Beberapa kawasan lain yang turut berada pada tahap tidak sihat ialah Kapit (126), Larkin (123), Tawau (122), Tanjung Malim (118), Bukit Rambai (107) dan Tangkak (105).

Pada masa sama, sebanyak 37 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana manakala 10 kawasan berada pada tahap baik.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana manakala 101 hingga 200 adalah tidak sihat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.