Gempa bumi magnitud 5.0 landa selatan Jawa, tiada ancaman tsunami

18 Sep 2026, 3:35 PM
Gempa bumi magnitud 5.0 landa selatan Jawa, tiada ancaman tsunami

SHAH ALAM, 18 SEPT: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di selatan Jawa, Indonesia pada jam 10.36 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 8.7 darjah selatan dan 105.7 darjah timur.

Menurutnya, pusat gempa terletak kira-kira 240 kilometer barat daya dari Sukabumi, Indonesia dengan kedalaman 40 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan kejadian itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.