Video tular: Polis kesan kanak-kanak lelaki terajang rakan perempuan di Miri

18 Sep 2026, 12:43 AM
Video tular: Polis kesan kanak-kanak lelaki terajang rakan perempuan di Miri

SHAH ALAM, 18 SEPT: Polis mengesan tujuh kanak-kanak berusia lapan hingga 13 tahun selepas video pergaduhan membabitkan sekumpulan kanak-kanak di Tudan Desaras Fasa 6, Miri, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung rakaman video berdurasi 44 saat yang memaparkan kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu di hadapan rumah seorang daripada kanak-kanak terbabit.

“Polis sudah mengesan semua individu dalam video itu membabitkan tujuh kanak-kanak berusia lapan hingga 13 tahun.

“Kesemua mereka adalah rakan dan sering bermain bersama,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus selepas seorang daripada kanak-kanak terbabit dipercayai diejek mangsa menggunakan kata-kata kesat sehingga menyebabkan rakannya tidak berpuas hati.

“Mangsa kemudian ditendang dan ditolak oleh kanak-kanak lain dalam kejadian itu.

“Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.