SHAH ALAM, 18 SEPT: Sebanyak 31 kawasan di beberapa negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 7 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), enam kawasan di Selangor merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Johan Setia (198), Shah Alam (170), Banting (166), Petaling Jaya (162), Klang (161) dan Kuala Selangor (141).
Di Lembah Klang, Putrajaya mencatatkan bacaan 171, manakala Kuala Lumpur melibatkan Cheras (165) dan Batu Muda (162).
Bergerak ke utara, lima kawasan di Perak turut merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Seri Manjung (175), Tasek Ipoh (173), Pegoh Ipoh (153), Tanjung Malim (152) dan Taiping (103).
Di selatan, tiga kawasan di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Nilai (181), Seremban (171) dan Port Dickson (159).
Melaka pula merekodkan bacaan tidak sihat di Bukit Rambai (162), Alor Gajah (165) dan Bandaraya Melaka (154).
Johor menyaksikan lima kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Tangkak (159), Segamat (158), Batu Pahat (155), Kluang (152) dan Larkin (131).
Sementara itu, di Pantai Timur, dua kawasan di Pahang turut merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Temerloh (151) dan Jerantut (110).
Di Sarawak, empat kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Sibu (157), Sarikei (156), Sri Aman (154) dan Bintulu (152).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 ke atas berbahaya.









