Kerajaan umum bantuan tiket penerbangan RM500 untuk pelajar baharu IPTA

17 Sep 2026, 11:51 AM
Kerajaan umum bantuan tiket penerbangan RM500 untuk pelajar baharu IPTA

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara one-off atau sekali beri bernilai RM500 kepada setiap pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu akan memberi manfaat kepada 7,095 pelajar yang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan untuk memulakan pengajian masing-masing.

"Universiti awam, politeknik, kolej komuniti bagi sesi kemasukan September dan Oktober tahun ini. Ini akan memberi manfaat kepada 7,095 pelajar yang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk memulakan pengajian," kata beliau.

Perkara itu diumumkan Anwar ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini.

Tetamu kehormat pada sambutan itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Perdana Menteri berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Persekutuan untuk meringankan beban rakyat, di samping mengumumkan penambahbaikan ikhtiar BUDI MADANI Diesel dan penstrukturan semula hak pemberian khas bagi negeri itu.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.