Imigresen tahan 25 warga asing, bongkar taktik rumah kediaman

17 Sep 2026, 5:29 AM
Imigresen tahan 25 warga asing, bongkar taktik rumah kediaman
Imigresen tahan 25 warga asing, bongkar taktik rumah kediaman
Imigresen tahan 25 warga asing, bongkar taktik rumah kediaman

SHAH ALAM, 17 SEPT: Taktik menggunakan rumah kediaman sebagai lokasi menjalankan aktiviti tidak bermoral terbongkar susulan penahanan 25 warga asing dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar Kluang, Selasa lalu.

Kesemua warga asing terbabit dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan yang diiklankan dan diuruskan menerusi aplikasi komunikasi WeChat dan WhatsApp.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata operasi berkenaan dijalankan antara jam 7 hingga 8.30 malam.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan hasil maklumat awam selain risikan yang dijalankan pihak Imigresen.

Pemeriksaan membabitkan tiga kedai urut, sebuah hotel bajet dan dua rumah yang dipercayai disalahgunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan.

“Penggunaan premis kediaman sebagai lokasi menjalankan aktiviti sedemikian menunjukkan taktik pihak tertentu yang cuba menyembunyikan kegiatan daripada perhatian pihak berkuasa.

“Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, perkhidmatan berkenaan dipercayai ditawarkan kepada pelanggan dengan kadar bayaran antara RM70 hingga RM180 bagi satu perkhidmatan dan dibayar secara tunai,” katanya menerusi kenyataan, lapor KOSMO! ONLINE.

Mohd Rusdi berkata daripada keseluruhan 25 warga asing yang ditahan, 20 daripadanya merupakan wanita.

Mereka terdiri daripada tujuh warga Vietnam, tiga warga Thailand dan tiga warga Indonesia.

Turut ditahan ialah enam wanita warga Myanmar serta seorang lagi wanita dari negara lain.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.