Pameran Fragments of Identity himpun pelbagai karya lebih 60 pelukis seluruh negara

16 Sep 2026, 7:55 AM
Pameran Fragments of Identity himpun pelbagai karya lebih 60 pelukis seluruh negara
Pameran Fragments of Identity himpun pelbagai karya lebih 60 pelukis seluruh negara
Pameran Fragments of Identity himpun pelbagai karya lebih 60 pelukis seluruh negara
Pameran Fragments of Identity himpun pelbagai karya lebih 60 pelukis seluruh negara
Pameran Fragments of Identity himpun pelbagai karya lebih 60 pelukis seluruh negara

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Lebih 60 pelukis dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak mempamerkan pelbagai hasil karya menerusi pameran seni kontemporari Malaysia, Fragments of Identity, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Dianjurkan Aqila & Seni Studio Gallery dengan kerjasama Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS), pameran bertemakan memori, budaya dan identiti itu berlangsung di The LINC dari 3 hingga 30 September 2026.

Penganjur, Samsudin Harun, 57, berkata pameran berkenaan turut menjadi platform untuk pengunjung mengenali karya serta pelukis tempatan dengan lebih dekat.

"Kita nak ramai daripada pengunjung yang datang ke pusat beli-belah boleh terlibat dengan aktiviti melukis dan mengenali pelukis di sini," katanya ketika ditemui di pameran berkenaan.

Penganjur, Samsudin Harun, 57, bercakap kepada media ketika Pameran Seni Kontemporari Fragments of Identity di The LINC, Kuala Lumpur pada 16 September 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata program itu turut meraikan Hari Malaysia menerusi Pertandingan Melukis Potret Pak Mail Itam dan Pertandingan Mewarna Batik yang terbuka kepada umum.

"Untuk kanak-kanak kita bagi peluang mereka belajar dan kita bimbing macam mana nak mewarna batik, jadi mereka dapat tahu macam mana mewarna batik itu. Ada 12 peserta hari ini terdiri daripada kanak-kanak seawal usia lima tahun hingga dewasa," katanya.

Selain itu program turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Jibam Ramlee, persembahan tarian pelajar ASWARA, serta sesi lawatan dan apresiasi seni.

Samsudin berkata kerjasama dengan APS turut membantu memperluas jaringan antara pelukis dan pengumpul karya menerusi penglibatan ahli persatuan dalam pameran berkenaan.

"APS ada pengkarya di bawah mereka. Jadi mereka ada peminat dan pengumpul masing-masing. Bila mereka datang, mereka akan kenal lebih banyak pengkarya dan terbukalah peluang kepada semua selain boleh buat jaringan sosial," katanya.

Pameran Fragments of Identity dibuka kepada orang ramai secara percuma dari 3 hingga 30 September 2026 di ruang acara, tingkat dua, pusat beli-belah The Linc, Kuala Lumpur.

Pengunjung melihat karya lukisan yang dipamerkan ketika Pameran Seni Kontemporari Fragments of Identity di The LINC, Kuala Lumpur pada 16 September 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.