Projek Pasar Awam Baharu Seri Kembangan RM16 juta bermula

16 Sep 2026, 4:25 AM
Projek Pasar Awam Baharu Seri Kembangan RM16 juta bermula
Projek Pasar Awam Baharu Seri Kembangan RM16 juta bermula
Projek Pasar Awam Baharu Seri Kembangan RM16 juta bermula

SHAH ALAM, 16 SEPT: Projek pembinaan semula Pasar Awam Baharu Seri Kembangan bernilai lebih RM16 juta kini bermula dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan Wong Siew Ki berkata projek berkenaan mula dilaksanakan bulan ini bagi menyediakan kemudahan pasar yang lebih selesa kepada peniaga dan penduduk setempat.

“Projek yang bernilai lebih RM16 juta ini telah mula dilaksanakan pada bulan September dan dijangka mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata majlis pecah tanah projek itu turut disaksikan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), wakil persatuan penjaja pasar serta barisan pegawai MBSJ.

Turut hadir Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBSJ.

Wong berharap pembinaan pasar baharu itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan menjadi kemudahan yang lebih selesa serta membanggakan warga Seri Kembangan.

“Ayuh kita bersama-sama menyaksikan detik demi detik perjalanan pembinaan sehingga terbinanya sebuah pasar baharu yang lebih selesa dan menjadi kebanggaan warga Seri Kembangan,” katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.