MB: PSRA mungkin ditangguh jika jerebu semakin teruk

15 Sep 2026, 10:21 AM
MB: PSRA mungkin ditangguh jika jerebu semakin teruk
MB: PSRA mungkin ditangguh jika jerebu semakin teruk
MB: PSRA mungkin ditangguh jika jerebu semakin teruk
MB: PSRA mungkin ditangguh jika jerebu semakin teruk

SHAH ALAM, 15 SEPT: Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan minggu depan mungkin ditangguhkan sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri akan memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa selain mendapatkan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita tengok kepada situasi, kalau keadaan makin mendesak, kita akan semak. Saya tidak boleh buat keputusan terus kerana akhirnya kita kena tengok laporan Meteorologi.

“Kita dah ada parameter. Ini memang kriteria ditetapkan. Kalau IPU cecah 200, kita tutup sekolah. Malah kalau sampai 300, kita akan mohon untuk darurat.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama moderator, Fikri Ibrahim ketika Bicara Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Hari Malaysia 2026 di Politeknik Shah Alam pada 15 September 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

"Jadi, sebelum bacaan cecah 200, kita juga minta sekolah hentikan aktiviti atau ibu bapa dinasihatkan bawa anak (ambil) pulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Bicara Perdana sempena Hari Malaysia 2026 di sini, hari ini.

Menurut portal JAIS, peperiksaan PSRA dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 25 September ini.

Setakat jam 3 petang, enam kawasan di Selangor mencatat bacaan IPU pada paras tidak sihat dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 187.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), lima kawasan lain ialah Shah Alam dengan bacaan 173, Klang (166), Petaling Jaya (165), Banting (163) dan Kuala Selangor (162).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.