Johan Setia catat IPU tertinggi, lima lagi kawasan di Selangor tidak sihat

15 Sep 2026, 8:01 AM
Johan Setia catat IPU tertinggi, lima lagi kawasan di Selangor tidak sihat

SHAH ALAM, 15 SEPT: Enam kawasan di Selangor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi 187 setakat jam 3 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), lima lagi kawasan ialah Shah Alam dengan bacaan IPU 173, Klang (166), Petaling Jaya (165), Banting (163) dan Kuala Selangor (162).

Johan Setia turut merekodkan bacaan IPU tertinggi dalam negara, diikuti Cheras, Kuala Lumpur dengan 177 dan Nilai, Negeri Sembilan (175).

IPD Serian di Sarawak pula merekodkan bacaan 174, manakala Putrajaya mencatat 173.

Beberapa kawasan lain turut berada pada paras tidak sihat termasuk Tangkak (172), Seremban (171), Batu Muda (168), Pasir Gudang (167) dan Indera Mahkota, Kuantan (167).

Secara keseluruhan, 39 kawasan yang disenaraikan mencatat bacaan IPU melebihi 100, manakala 29 kawasan lain berada pada paras sederhana.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana dan 101 hingga 200 sebagai tidak sihat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.