Selangor kekal destinasi pilihan, rekod 36.4 juta pelancong pada 2025

15 Sep 2026, 9:00 AM
Selangor kekal destinasi pilihan, rekod 36.4 juta pelancong pada 2025
Selangor kekal destinasi pilihan, rekod 36.4 juta pelancong pada 2025
Selangor kekal destinasi pilihan, rekod 36.4 juta pelancong pada 2025
Selangor kekal destinasi pilihan, rekod 36.4 juta pelancong pada 2025
Selangor kekal destinasi pilihan, rekod 36.4 juta pelancong pada 2025

SHAH ALAM, 15 SEPT: Malaysia merekodkan 290.1 juta pelawat domestik pada 2025, meningkat 11.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan bilangan pelawat domestik tertinggi iaitu seramai 36.4 juta pelancong pada tahun lalu.

Menurut DOSM, perbelanjaan pelancongan domestik turut merekodkan peningkatan 13.6 peratus iaitu sejumlah RM121.3 bilion pada 2025.

“Berdasarkan prestasi pelawat domestik mengikut negeri pada 2025, Selangor merekodkan bilangan pelawat domestik tertinggi iaitu seramai 36.4 juta orang, diikuti Kuala Lumpur (35.1 juta) dan Perak (23.6 juta),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah DOSM, Selangor merekodkan terimaan tertinggi bagi pembelian makanan dan minuman dengan RM2.5 bilion, diikuti Kuala Lumpur (RM2.3 bilion) dan Perak (RM1.6 bilion).

Menurut agensi itu, Selangor turut mencatatkan terimaan tertinggi untuk komponen pembelian bahan api iaitu berjumlah RM2.2 bilion, diikuti oleh WP Kuala Lumpur (RM1.6 bilion) dan Pahang (RM1.4 bilion).

“Dari segi komponen terimaan perbelanjaan, membeli-belah kekal sebagai penyumbang utama kepada terimaan pelancongan di semua negeri termasuk di peringkat nasional iaitu berjumlah RM44.8 bilion.

“Di peringkat negeri, Kuala Lumpur mendahului dengan RM7.9 bilion, diikuti Selangor (RM6.7 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion),” katanya.

Secara keseluruhan, menurut DOSM, 2025 menyaksikan pertumbuhan kukuh pelancongan domestik Malaysia dengan peningkatan bilangan pelawat, pelancong dan terimaan di semua negeri.

Pada Ogos lalu, Dato’ Menteri Besar dilapor berkata Selangor merekodkan 36.4 juta pelawat domestik pada tahun lalu, iaitu peningkatan 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Justeru, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, kejayaan Tahun Melawat Selangor 2025 menjadi asas kukuh bagi pelaksanaan Tahun Melawat Selangor 2026 dengan menyasarkan kehadiran sembilan juta pelancong ke negeri ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.