Lima kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi

14 Sep 2026, 12:43 PM
Lima kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi

SHAH ALAM, 14 SEPT: Lima kawasan di Selangor mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Johan Setia paling tinggi pada bacaan 166, setakat jam 8 malam ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), empat lokasi lain ialah Shah Alam dengan IPU 156, Banting (152), Petaling Jaya (122) dan Klang (107).

Secara keseluruhan, 27 kawasan di seluruh negara mencatat IPU pada tahap tidak sihat dengan bacaan melebihi 100.

Antara lokasi lain yang turut terjejas ialah Serian, Sarawak dengan bacaan 184, Pasir Gudang, Johor (164), Pengerang (161) serta Samarahan, Sarawak (160).

Cheras di Kuala Lumpur dan Larkin, Johor masing-masing mencatat 159, manakala Nilai, Negeri Sembilan serta Sri Aman, Sarawak berada pada 158.

Seremban dan Kuching pula masing-masing pada bacaan 156, diikuti Putrajaya serta Kota Tinggi (155).

Tangkak mencatat 153, sementara Seri Manjung, Indera Mahkota Kuantan dan Balok Baru Kuantan masing-masing 152.

Alor Gajah dan Batu Pahat pula masing-masing berada pada 151, diikuti Kluang (137), Bukit Rambai (136), Rompin (117) serta Batu Muda, Kuala Lumpur (101).

Pada masa sama, 41 lagi kawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.