Suami isteri antara tiga maut nahas di Kota Tinggi

14 Sep 2026, 5:07 AM
Suami isteri antara tiga maut nahas di Kota Tinggi

SHAH ALAM, 14 SEPT: Pasangan suami isteri antara tiga mangsa maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 31.2 Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini, petang semalam.

Kemalangan pada 6.20 petang itu mengorbankan penumpang Honda BR-V, Mohd Noor Selamat, 58, serta pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Axia, Mohd Herwan Alias, 38, dan Nur Ezazaya Mohd Ali, 34, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata kemalangan membabitkan sebuah Honda BR-V yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun bersama dua penumpang lelaki, masing-masing berusia 58 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda BR-V dari arah Kota Tinggi menuju Kluang terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Axia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata penumpang belakang Honda BR-V dan penumpang hadapan Perodua Axia mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu Perodua Axia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala pemandu dan penumpang hadapan Honda BR-V yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT),” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.