Nahas helikopter FDS: Sarawak salur RM100,000 kepada setiap keluarga petugas

9 Sep 2026, 7:33 AM
Nahas helikopter FDS: Sarawak salur RM100,000 kepada setiap keluarga petugas

KUCHING, 9 SEPT: Kerajaan Negeri Sarawak akan menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas yang terlibat dalam kejadian helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, semalam.

Kerajaan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan menerusi media sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan kerajaan negeri juga akan menanggung sepenuhnya yuran pendidikan anak-anak mangsa yang masih bersekolah melalui Yayasan Sarawak.

“Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju agar bantuan berkenaan disalurkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan Sarawak bagi membantu meringankan beban keluarga dan waris terlibat.

“Tanggungan penuh yuran pendidikan itu turut mencerminkan penghargaan terhadap pengorbanan para petugas berkenaan yang telah memberikan perkhidmatan kepada rakyat, khususnya masyarakat di kawasan pedalaman,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang dan helikopter tersebut sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.