Jerebu: Shah Alam, Klang dan Banting catat IPU tidak sihat malam ini

8 Sep 2026, 3:17 PM
Jerebu: Shah Alam, Klang dan Banting catat IPU tidak sihat malam ini

SHAH ALAM, 8 SEPT: Enam kawasan di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10.49 malam ini, dengan Johan Setia mencatat bacaan tertinggi 165.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Shah Alam merekodkan IPU 162, diikuti Banting (158), Klang (155), Petaling Jaya (153) dan Kuala Selangor (152).

Keadaan lebih buruk direkodkan di Sarawak apabila tiga kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat, masing-masing IPD Serian dengan bacaan 224, Kuching (218) dan Samarahan (207).

Beberapa kawasan lain di negeri itu turut mencatat tahap tidak sihat termasuk Sri Aman (194), Sarikei (181), Samalaju (177), ILP Miri (176), Mukah (175), Bintulu (165), Miri (162) dan Sibu (159).

Di Lembah Klang, Batu Muda di Kuala Lumpur merekodkan IPU 166, Cheras (161), manakala Putrajaya mencatat 157.

Turut berada pada tahap tidak sihat ialah Tasek Ipoh dan Nilai masing-masing 159, Tanjung Malim (158), Seri Manjung (156), Seremban (154), Pegoh Ipoh, Bukit Rambai dan Kuala Selangor masing-masing 152 serta Alor Gajah (151).

Sementara itu, kebanyakan kawasan lain di Semenanjung, Sabah dan Labuan masih merekodkan tahap sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan tidak sihat, manakala 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.