Jerebu dijangka reda selepas Monsun Barat Daya berakhir hujung September

9 Sep 2026, 12:00 AM
Jerebu dijangka reda selepas Monsun Barat Daya berakhir hujung September
Jerebu dijangka reda selepas Monsun Barat Daya berakhir hujung September
Jerebu dijangka reda selepas Monsun Barat Daya berakhir hujung September
Jerebu dijangka reda selepas Monsun Barat Daya berakhir hujung September
Jerebu dijangka reda selepas Monsun Barat Daya berakhir hujung September

SHAH ALAM, 9 SEPT: Keadaan jerebu di Malaysia dijangka berakhir selepas peralihan Monsun Barat Daya pada penghujung September ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, keadaan jerebu ketika ini berpunca daripada asap kebakaran terbuka di negara jiran yang dibawa angin Monsun Barat Daya, yang lazimnya berlaku dari Mei hingga September.

“Kalau punca asapnya kita tak benteras, tak basmi, maknanya jerebu itu memang takkan ke mana, memang sentiasa ada,” katanya kepada Media Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip ketika rakaman program Bicara Semasa pada 3 April 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR.

Menurut beliau, jerebu rentas sempadan ketika ini khususnya berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di Sumatera serta Kalimantan, Indonesia.

Katanya, operasi pembenihan awan sememangnya boleh membantu mengurangkan keadaan jerebu, namun keberkesanannya terhad sekiranya punca kebakaran masih berlaku.

“Kalau berlaku hujan pun sekejap sahaja sebab kalau sumber kebakaran itu masih ada lagi, maknanya jerebu akan tetap datang semula,” jelasnya.

Mohd Hisham berkata, keadaan cuaca yang kering turut menyebabkan kebakaran lebih mudah berlaku dan sukar dikawal, sekali gus menyumbang kepada jerebu yang berterusan.

“Sekarang ini kemungkinan cuaca terlalu kering di sana (Indonesia), ditambah dengan keadaan El Nino yang sedang berlaku, jadi cuaca agak kering dan lebih mudah terbakar. Sebab itu agak sukar nak kawal bila kebakaran terlalu banyak.

“Kalau kebakaran itu berterusan sampai bulan 10 atau 11, angin takkan bertiup daripada Indonesia ke tempat kita sebab kita dah berubah musim. Jadi harapnya jerebu dah reda bulan depan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka ketika keadaan jerebu masih berlaku bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah untuk tempoh yang lama, terutama ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat.

“Kalau kena berada di luar, pakai pelitup muka dan elak berada di luar dalam tempoh yang terlalu lama,” katanya.

Jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia merebak ke beberapa bahagian di Asia Tenggara, menjejaskan negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei serta Filipina.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.