Pembangunan IDRISS bermula, lebih 200 kilang bakal beroperasi

8 Sep 2026, 5:34 AM
Pembangunan IDRISS bermula, lebih 200 kilang bakal beroperasi
Pembangunan IDRISS bermula, lebih 200 kilang bakal beroperasi
Pembangunan IDRISS bermula, lebih 200 kilang bakal beroperasi
Pembangunan IDRISS bermula, lebih 200 kilang bakal beroperasi

KUALA LANGAT, 8 SEPT: Lebih 200 unit perindustrian di Taman Perindustrian Pintar NCT (NSIP) di sini menerima milikan kosong (VP), sekali gus menandakan bermulanya pembangunan pertama di bawah Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembangunan taman perindustrian itu amat penting, selain mencerminkan permintaan pasaran yang kukuh terhadap kawasan industri di lokasi strategik.

“Hari ini adalah penyerahan kunci untuk Fasa 1 NSIP yang telah kita lancarkan pada April 2023. Hari ini, dengan penyerahan kunci itu telah lengkap semuanya.

“Lebih 200 kilang akan memulakan operasi pada bila-bila masa. Pada November lepas, kita sudah lancarkan Fasa 2 di mana ia sudah terima Kebenaran Merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya percaya, pembangunan ini akan bergerak dengan lebih pantas selepas ini. Kawasan ini adalah sebahagian daripada IDRISS dan ia bukan hanya rancangan atas kertas tetapi kita sudah laksanakan dan kita rasa sangat bangga,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Milikan Kosong Fasa 1 dan Pelancaran Fasa 2 NSIP yang turut dihadiri EXCO Pelaburan Ng Sze Han, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar.

Dalam majlis sama, Amirudin turut melancarkan Fasa 2 NSIP dan menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama (MoC) antara NCT Alliance dengan Sirim Berhad serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

NSIP yang terletak di Mukim Tanjung Dua Belas merupakan taman perindustrian terurus pertama di Malaysia yang dilengkapi teknologi 5G serta mendapat pensijilan hijau, meliputi kawasan seluas 910 ekar di bawah IDRISS.

Ekosistem NSIP bakal dilengkapi dengan Smart Command Center, sistem pengurusan bangunan pintar dan penyelesaian digital bersepadu, selain menempatlan Centralised Labour Quarter (CLQ) yang diuruskan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan NSIP yang dianggarkan berjumlah RM10.2 bilion akan menjadikannya penyumbang utama pertumbuhan ekonomi serta koridor perindustrian strategik di selatan Selangor.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.