Empat kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat, Klang tertinggi

7 Sep 2026, 7:16 AM
Empat kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat, Klang tertinggi

SHAH ALAM, 7 SEPT: Empat kawasan di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 3 petang ini, dengan Klang mencatat bacaan tertinggi 160.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Kuala Selangor mencatat IPU 159, diikuti Banting (158) dan Petaling Jaya (157).

Keadaan jerebu turut menyebabkan beberapa kawasan lain di seluruh negara mencatat tahap tidak sihat, manakala dua lokasi di Sarawak berada pada tahap sangat tidak sihat.

IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi negara iaitu 253, diikuti Samarahan dengan IPU 233.

Sarawak turut merekodkan beberapa kawasan pada tahap tidak sihat antaranya Sarikei (196), Sri Aman (185), Sibu (184), Mukah (179), ILP Miri dan Bintulu masing-masing 167 serta Miri (166).

Di Perak, Seri Manjung mencatat IPU 165, Tanjung Malim (160), Pegoh Ipoh (155) dan Taiping (152), manakala Nilai di Negeri Sembilan merekodkan bacaan 163.

Putrajaya pula mencatat IPU 161 sementara Batu Muda, Kuala Lumpur berada pada paras 160.

Antara kawasan lain yang turut mencatat IPU tidak sihat ialah Segamat (157), Bukit Rambai (156), Batu Pahat (155), Labuan (154), Alor Gajah dan Kimanis masing-masing 153 serta Kota Kinabalu dan Tangkak masing-masing 152.

Sementara itu, 16 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana dan satu kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.