Bantuan RM300 tambang bas sekolah ringankan beban keluarga B40

6 Sep 2026, 1:00 PM
Bantuan RM300 tambang bas sekolah ringankan beban keluarga B40
Bantuan RM300 tambang bas sekolah ringankan beban keluarga B40
Bantuan RM300 tambang bas sekolah ringankan beban keluarga B40

SHAH ALAM, 6 SEPT: Bantuan tambang bas sekolah bernilai RM300 daripada Kerajaan Negeri memberi kelegaan kepada keluarga B40 dalam menampung kos pengangkutan anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Rata-rata penerima menyifatkan bantuan itu mampu mengurangkan perbelanjaan bulanan, terutama ketika berdepan peningkatan kos sara hidup.

Bapa kepada seorang penerima, Senthil Kumar, 42, berkata bantuan berkenaan dapat menampung sebahagian kos tambang bas tiga anaknya yang berulang-alik ke sekolah setiap hari.

Senthil Kumar, 42

“Tambang bas sekolah untuk tiga anak mencecah lebih RM300 sebulan bagi perjalanan sekitar empat kilometer.

“Bantuan Kerajaan Negeri ini sangat membantu mengurangkan beban perbelanjaan bulanan kami,” katanya.

Sementara itu, suri rumah, Durgadevi, 35, berkata bantuan berkenaan merupakan kali pertama diterimanya menerusi urusan pihak sekolah.

Durgadevi, 35

“Saya sangat teruja apabila terpilih menerima bantuan ini kerana kos pengangkutan dua anak saya berjumlah RM280 sebulan.

“Peranan pihak sekolah dan Kerajaan Negeri sangat membantu memastikan golongan yang memerlukan tidak tercicir daripada menerima manfaat,” katanya.

Seorang lagi penerima, Bathmawaty, 46, yang bekerja sebagai jururawat turut melahirkan rasa syukur atas bantuan berkenaan.

Bathmawaty, 46

“Baucar ini sangat membantu menampung kos pengangkutan anak ke sekolah yang mencecah kira-kira RM150 sebulan bagi perjalanan hampir 10 kilometer,” katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.