Bekas menteri direman lima hari bantu siasatan isu pajakan hotel TH

2 Sep 2026, 5:16 AM
Bekas menteri direman lima hari bantu siasatan isu pajakan hotel TH

SHAH ALAM, 2 SEPT: Seorang bekas menteri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Tabung Haji (TH) di Arab Saudi.

Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, lapor Sinar Harian.

Bekas Ahli Parlimen itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Siasatan itu menyusul pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH pada 29 Julai lalu yang mengemukakan 25 syor utama bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi berkenaan.

Antara syor utama ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelum ini turut bertitah supaya siasatan berkaitan laporan RCI TH dijalankan secara menyeluruh hingga ke akar umbi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.