SHAH ALAM, 4 SEPT: Industri minyak pati dilihat mempunyai potensi besar untuk diterokai sebagai bidang baharu dalam memperkasa usahawan wanita di Selangor.
EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata semakin ramai usahawan wanita mula menceburi industri berkenaan, namun sebahagian daripada mereka masih menjalankan perniagaan pada skala kecil.
Menurutnya, sebuah kilang yang sebelum ini terbiar kosong kini diberi nafas baharu sebagai kemudahan pemprosesan pati herba, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada wanita mengembangkan perniagaan.
Minyak Pati Seri Cindai, hasil inovasi MARDICorp, turut dilihat mempunyai potensi untuk dikembangkan dalam industri pati herba.
“Semoga lebih ramai wanita berani mencuba dan melihat industri ini sebagai peluang untuk berkembang,” katanya menerusi Facebook.
Anfaal berkata inisiatif Kerajaan Negeri bersama Wanita Berdaya Selangor (WBS) itu diharap dapat membantu lebih ramai wanita membina dan mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.











