Operasi Pasar Borong Selayang, MPS buat satu sitaan

3 Sep 2026, 4:00 AM
Operasi Pasar Borong Selayang, MPS buat satu sitaan

SHAH ALAM, 3 SEPTEMBER: Satu sitaan dilaksanakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi penguatkuasaan terhadap penjaja warga asing di sekitar Pasar Borong Selayang, semalam.

MPS memaklumkan tindakan itu diambil selepas hasil pemeriksaan dan pemantauan mendapati penjaja warga asing melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007.

“Hasil tindakan tersebut, sebanyak satu sitaan telah dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang kecil yang berkuat kuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut MPS, operasi menerusi Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan itu melibatkan seramai lapan anggota penguat kuasanya.

Katanya, operasi dijalankan bagi memastikan aktiviti penjajaan di sekitar Pasar Borong Selayang mematuhi peraturan dan undang-undang kecil yang ditetapkan.

“Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti penjajaan di kawasan pentadbiran MPS sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan, di samping menjaga ketenteraman dan kepentingan awam,” katanya.

MPS turut menyeru semua pihak yang menjalankan aktiviti penjajaan supaya sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang berkuat kuasa bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.