Jerebu: IPU Serian cecah tahap berbahaya

3 Sep 2026, 1:54 AM
Jerebu: IPU Serian cecah tahap berbahaya

SHAH ALAM, 3 SEPTEMBER: Kualiti udara di Sarawak semakin membimbangkan apabila IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 345, sekali gus berada pada tahap berbahaya.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Sarawak turut mencatat empat lokasi pada tahap sangat tidak sihat dengan Sri Aman merekodkan IPU 294, diikuti Kuching (273), Samarahan (255) dan Sarikei (223).

Negeri itu juga mendominasi senarai kawasan dengan kualiti udara tidak sihat apabila lapan lagi lokasi mencatat bacaan melebihi 100.

Ia membabitkan Sibu dengan IPU 188, Bintulu (175), Kapit (174), Mukah (171), Samalaju (167), Limbang (155), ILP Miri (154) dan Miri (125).

Keadaan udara tidak sihat turut direkodkan di beberapa kawasan di Sabah dengan Politeknik Kota Kinabalu mencatat IPU 165.

Kimanis dan Keningau masing-masing merekodkan bacaan 164, Kota Kinabalu (163), manakala Tawau mencatat IPU 153.

Di Wilayah Persekutuan Labuan, bacaan IPU berada pada 160, turut dikategorikan sebagai tidak sihat.

Sementara itu, Nilai di Negeri Sembilan menjadi satu-satunya lokasi di Semenanjung yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu 110.

Dalam pada itu, 45 lokasi mencatat kualiti udara pada tahap sederhana, manakala tiga lagi berada pada tahap baik.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 101 hingga 200 diklasifikasikan sebagai tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.