Dakwaan penyelewengan, FELDA sedia beri kerjasama penuh kepada SPRM

2 Sep 2026, 10:44 AM
Dakwaan penyelewengan, FELDA sedia beri kerjasama penuh kepada SPRM

KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung siasatan terhadap agensi itu dan anak syarikat Kumpulan FELDA.

FELDA dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya menghormati sepenuhnya proses siasatan yang sedang dijalankan, bagi memastikan ia dilaksanakan secara telus, adil dan menyeluruh.

“FELDA tidak berkompromi terhadap sebarang kegiatan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa serta pelanggaran undang-undang yang boleh menjejaskan kepentingan peneroka dan institusi,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, FELDA turut menyeru semua pihak untuk menghormati proses siasatan tersebut.

Media hari ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata SPRM membuka enam kertas siasatan baharu berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan FELDA serta anak syarikatnya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Abd Halim berkata siasatan itu susulan maklumat yang diterima pada 24 Ogos, berkaitan pelaksanaan projek dan pelaburan oleh pengurusan FELDA serta FIC antara 2010 dan 2020.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.