Rakyat Malaysia di Qatar semarak Hari Kebangsaan penuh patriotik

31 Ogos 2026, 4:25 AM
Rakyat Malaysia di Qatar semarak Hari Kebangsaan penuh patriotik

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Kedutaan Malaysia di Doha menganjurkan upacara menaikkan Jalur Gemilang lewat Ahad bagi menghimpunkan rakyat Malaysia di Qatar dalam semangat patriotisme, perpaduan dan kebanggaan nasional sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Kedutaan dalam satu kenyataan pada Isnin berkata upacara itu turut disiarkan secara dalam talian, membolehkan rakyat Malaysia di seluruh Qatar mengikuti dan menyertai sambutan berkenaan secara maya.

“Upacara menaikkan Jalur Gemilang melambangkan kedaulatan, kemerdekaan dan identiti bersama rakyat Malaysia, termasuk mereka yang tinggal dan bekerja di luar negara,” menurut kenyataan itu.

Duta Besar Malaysia ke Qatar Faizal Razali berkata sambutan itu bukan sekadar mengenang sejarah negara, tetapi juga nilai-nilai yang terus menyatukan rakyat Malaysia.

“Kami (kedutaan) berharap sambutan ini akan terus memperkukuh semangat kebersamaan serta persahabatan kita dengan Qatar,” kata beliau.

Kedutaan dengan kerjasama Persatuan Rakyat Malaysia di Qatar (MAQ) dan komuniti Malaysia di negara itu turut menganjurkan siri program dari Ogos hingga September sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.