Lebih 20,000 banjiri Stadium Kajang, Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor meriah

30 Ogos 2026, 3:27 PM
Lebih 20,000 banjiri Stadium Kajang, Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor meriah
Lebih 20,000 banjiri Stadium Kajang, Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor meriah
Lebih 20,000 banjiri Stadium Kajang, Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor meriah
Lebih 20,000 banjiri Stadium Kajang, Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor meriah

KAJANG, 30 OGOS: Stadium Kajang meriah dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung yang menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor ke-69, malam ini.

Pelbagai acara disusun bagi memeriahkan sambutan berkenaan termasuk persembahan artis tempatan, perbarisan dan perarakan kontinjen, selain pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak.

Ketibaan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad pada jam 9.30 malam disambut meriah sebelum majlis diteruskan dengan pertunjukan payung terjun.

Pertunjukan payung terjun daripada enam penerjun VAT 69 Komando yang membawa bendera Malaysia, Selangor, PDRM, Bendera 69 Komando dan Pasukan Gerakan Udara dengan ketinggian 4,500 kaki dari paras laut.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan ketika Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor ke-69 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR

Majlis turut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor, diikuti persembahan pembukaan beberapa artis jemputan.

Pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum hadir sejak jam 5 petang, malah tidak kurang yang tampil mengenakan pakaian bertemakan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan suasana patriotik.

Antara acara menarik sempena Hari Kebangsaan bertemakan “Malaysia Madani Kesejahteraan Dinikmati” malam ini termasuk perbarisan dan perarakan 69 kontinjen membabitkan pelbagai agensi kerajaan, jabatan negeri dan daerah, badan berkanun, badan swasta serta badan beruniform.

Perbarisan turut menampilkan aset dan jentera pasukan beruniform termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia.

Turut diadakan persembahan khas badan beruniform serta pelbagai gimik bagi memeriahkan sambutan.

Lebih 20,000 pengunjung memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor ke-69 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR

Suasana dijangka terus meriah dengan persembahan artis tanah air antaranya Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, Ukays, Wani Kayrie, Ahfad, Fiza Frizty dan Gerhana Ska Cinta.

Menjelang tengah malam, Amirudin dijadual memimpin laungan Merdeka dan pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak sambutan, sebelum diteruskan dengan penyampaian hadiah perbarisan serta pertunjukan cahaya (lighting show).

Sambutan turut menyaksikan penyampaian Anugerah Tokoh, termasuk Tokoh Kemerdekaan Negeri Selangor serta sumbangan kepada veteran ATM dan PDRM.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.