Projek Kompleks Islam Wira Damai capai kemajuan 50 peratus, dijangka siap tahun depan

30 Ogos 2026, 6:44 AM
Projek Kompleks Islam Wira Damai capai kemajuan 50 peratus, dijangka siap tahun depan
Projek Kompleks Islam Wira Damai capai kemajuan 50 peratus, dijangka siap tahun depan
Projek Kompleks Islam Wira Damai capai kemajuan 50 peratus, dijangka siap tahun depan

GOMBAK, 30 OGOS: Pembinaan Kompleks Islam Wira Damai di sini kini mencapai kemajuan keseluruhan 50 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun depan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata beberapa komponen projek berkenaan menunjukkan kemajuan lebih baik berbanding jadual ditetapkan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ditemui media selepas meninjau Kompleks Islam Wira Damai di Gombak pada 30 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Sebagai contoh, komponen untuk bahagian mihrab dan ruang sembahyang, sepatutnya dalam 50 peratus (tetapi) telah mencecah 53 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau perkembangan pembangunan Kompleks Islam Wira Damai, di sini hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri yakin projek berkenaan dapat disiapkan selewat-lewatnya pada suku kedua tahun depan untuk dimanfaatkan penduduk setempat.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (dua, kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor (PNSB) Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim(kanan) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad (kiri) melihat plan Kompleks Islam Wira Damai di Gombak pada 30 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Kompleks yang dibangunkan di atas tapak seluas 10.733 ekar itu bakal menyediakan pelbagai kemudahan termasuk masjid berkapasiti kira-kira 2,700 jemaah, bilik kuliah, ruang pengurusan jenazah, ruang makan dan dapur.

Turut disediakan ialah kuarters imam dan bilal serta kawasan riadah untuk kegunaan masyarakat setempat.

Projek bernilai RM33 juta itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 10,000 penduduk sekitar Sungai Tua, selain menjadi pusat aktiviti keagamaan dan pembangunan ummah setempat.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.