Kanak-kanak lima tahun maut dipercayai dikelar di Sibu

28 Ogos 2026, 2:20 PM
Kanak-kanak lima tahun maut dipercayai dikelar di Sibu

SIBU, 28 OGOS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira lima tahun maut dipercayai dikelar dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang Jaya di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata seorang suspek lelaki berusia lewat 40-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk punca kejadian.

“Setakat ini, pihak kami telah menjalankan siasatan awal di lokasi kejadian,” katanya ringkas kepada pemberita.

Mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sibu sebelum disahkan meninggal dunia.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.