Masters China medan uji gandingan Tang Jie-Su Yin

28 Ogos 2026, 8:42 AM
Masters China medan uji gandingan Tang Jie-Su Yin

SHAH ALAM, 28 OGOS: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Cheng Su Yin bakal menguji keserasian buat kali pertama apabila digandingkan pada Masters China sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya bulan depan.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, percubaan itu penting bagi menilai kemampuan gandingan berkenaan sebelum pihak kejurulatihan menentukan hala tuju mereka, lapor Berita Harian.

Menurutnya, pengalaman Su Yin bersama pasangan terdahulu menjadi antara faktor utama pemilihannya untuk digandingkan dengan Tang Jie.

"Agak sayang sebenarnya kerana mereka hanya dapat dicuba dalam satu kejohanan sebelum Sukan Asia. Sepatutnya kita boleh cuba ketika Terbuka Jepun atau kejohanan lain sebelum ini.

"Tetapi kalau kita cuba masa itu tidak adil kepada Jimmy Wong kerana waktu itu dia masih mencari mata juga dengan Su Yin.

"Namun, ini peluang kita di Masters China untuk mencuba Su Yin dengan Tang Jie," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia hari ini.

Rexy berkata, Su Yin sebelum ini pernah mencatat beberapa keputusan positif bersama pasangan terdahulu, termasuk mara ke final Masters China 2024 bersama Pang Ron.

Katanya, pemain itu turut melangkah ke separuh akhir Terbuka Jepun ketika bergandingan dengan Jimmy Julai lalu.

"Bukan sekadar sampai ke separuh akhir, tetapi turut meraih kemenangan ke atas beregu pilihan. Jadi pengalaman Su Yin membuatkan kami memilihnya," katanya.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.