Jerebu: Petaling Jaya catat IPU tidak sihat, Sri Aman cecah 203

28 Ogos 2026, 4:25 AM
Jerebu: Petaling Jaya catat IPU tidak sihat, Sri Aman cecah 203

SHAH ALAM, 28 OGOS: Kualiti udara di Petaling Jaya, Selangor berada pada paras tidak sihat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 128 setakat jam 12.30 tengah hari ini.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sri Aman, Sarawak menjadi satu-satunya kawasan mencatat tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 203.

Beberapa kawasan lain di Sarawak turut merekodkan tahap tidak sihat iaitu Sarikei (156), Miri (117) dan Bintulu (115).

Di Semenanjung, Taiping, Perak mencatat IPU 156, diikuti Sungai Petani, Kedah (153), Batu Muda, Kuala Lumpur (152) dan Putrajaya (141).

Alor Setar, Kedah turut berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 124.

Sementara itu, sebanyak 35 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana, manakala tiada kawasan mencatat kualiti udara pada tahap baik.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 sebagai tidak sihat, manakala 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.