Dialog bersama agamawan pandu kerajaan terus perhalusi dasar - PM

27 Ogos 2026, 2:54 PM
Dialog bersama agamawan pandu kerajaan terus perhalusi dasar - PM

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Dialog bersama dengan agamawan menjadi ruang muhasabah bagi memastikan setiap ikhtiar kerajaan sentiasa dipandu ilmu serta diperhalusi mengikut keperluan umat dan tuntutan zaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi saya, dialog seperti ini bukan sekadar pertemuan tetapi juga ruang untuk bermuhasabah agar setiap ikhtiar kerajaan sentiasa dipandu ilmu, diluruskan dengan nasihat dan diperhalusi mengikut keperluan umat serta tuntutan zaman,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermuzakarah bersama para agamawan dalam siri dialog sempena sambutan Maulidur Rasul di Kuala Lumpur, pada 27 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam siri muzakarah yang diteruskan petang ini dalam semangat Maulidur Rasul, beliau turut bertemu Syeikh Dr Muhyiddin Awwamah, yang mewakili Darul Hadis al-Awwamiyyah.

Perdana Menteri berkata siri muzakarah itu diadakan untuk mendengar nasihat, menimba hikmah dan menyelami pandangan mengenai perjalanan serta masa depan Islam di Malaysia.

Syeikh Dr Muhyiddin ialah anak ulama besar dan pakar hadis tersohor, iaitu Al-‘Allamah Syeikh Muhammad bin Awwamah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermuzakarah bersama para agamawan dalam siri dialog sempena sambutan Maulidur Rasul di Kuala Lumpur, pada 27 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya zahirkan penghargaan atas beberapa kitab karya ayahandanya, sebuah pemberian yang bukan sekadar naskhah bertinta, tetapi warisan ilmu yang menghubungkan generasi, menyambung mata rantai tradisi keilmuan Islam.

“Semoga pertemuan ini menjadi jalan kecil menuju manfaat yang lebih besar kerana agama sentiasa subur apabila kekuasaan sudi mendengar suara ilmu, dan ilmu terus menjadi pelita kepada perjalanan umat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermuzakarah bersama para agamawan dalam siri dialog sempena sambutan Maulidur Rasul di Kuala Lumpur, pada 27 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.