12 lelaki ditahan disyaki terlibat rusuhan di Kota Tinggi

26 Ogos 2026, 11:13 AM
12 lelaki ditahan disyaki terlibat rusuhan di Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 26 OGOS: Polis menahan 12 lelaki kerana disyaki merusuh sehingga mendatangkan kecederaan di kawasan Taman Kota Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berkaitan insiden itu sekitar 1.57 pagi dengan kumpulan lelaki terbabit didapati telah bergaduh di lokasi kejadian.

Beliau berkata susulan itu polis berjaya mengesan individu terlibat dan tangkapan terhadap suspek yang berusia antara 20 hingga 42 tahun telah dilakukan bersama beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.

“Antara yang dirampas kayu baseball berukuran 71 sentimeter (cm), sebatang kayu berukuran 90 cm, tiga kenderaan dan 13 telefon bimbit. Kesemua suspek telah dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan membawa senjata dan tindakan mengesan serta menangkap suspek yang masih bebas dalam kejadian ini giat dijalankan,” katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.