Dua beranak maut dalam kebakaran rumah di Kampung Tok Jembal

26 Ogos 2026, 1:40 AM
Dua beranak maut dalam kebakaran rumah di Kampung Tok Jembal

KUALA NERUS, 26 OGOS: Dua beranak maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata mangsa ialah seorang lelaki berusia 40 tahun dan anak lelaki berumur sembilan tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 4 pagi memaklumkan kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal.

"Operasi pemadaman dan usaha menyelamat mangsa dijalankan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

"Dua jentera masing-masing sebuah jentera pemadam dan penyelamat (FRT) serta jentera pemadam dan penyelamat kompak (CFRT) digerakkan ke lokasi, selain sebuah jentera tangki air bagi membantu operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.