Lima kawasan Selangor catat IPU tidak sihat awal pagi ini

26 Ogos 2026, 12:00 AM
Lima kawasan Selangor catat IPU tidak sihat awal pagi ini

SHAH ALAM, 26 OGOS: Lima lokasi di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pagi ini, berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Johan Setia mencatat bacaan tertinggi di negeri ini iaitu 161, diikuti Shah Alam (158), Banting (151), Klang (135) dan Petaling Jaya (112).

Kesemua bacaan berkenaan berada dalam kategori tidak sihat, iaitu antara IPU 101 hingga 200.

Di peringkat nasional, IPD Serian, Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 170, diikuti Sri Aman, Sarawak (169) dan Nilai, Negeri Sembilan (162).

Samarahan, Sarawak pula mencatat IPU 161 manakala Putrajaya merekodkan bacaan 159.

Beberapa kawasan lain turut berada pada tahap tidak sihat termasuk Seremban (158), Cheras (155), Bukit Rambai dan Tangkak masing-masing 153 serta Alor Gajah (152).

Batu Muda di Kuala Lumpur pula merekodkan IPU 151, manakala Taiping dan Kuching masing-masing mencatat 134.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.