Lima pingat termasuk emas tunggal bukti kebangkitan taekwondo Selangor

24 Ogos 2026, 1:30 PM
Lima pingat termasuk emas tunggal bukti kebangkitan taekwondo Selangor

SHAH ALAM, 24 OGOS: Skuad taekwondo Selangor menutup saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan lima pingat menerusi satu emas, satu perak dan tiga gangsa.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan berbanding SUKMA Sarawak 2024 apabila kontinjen negeri meraih empat pingat, terdiri daripada tiga perak dan satu gangsa.

Kemuncak kempen Selangor hadir menerusi Nur Aina Qistina Nor Maznizar, 16, yang menjadi penyumbang emas tunggal selepas menjuarai kategori wanita bawah 46 kilogram (kg).

Atlet Taekwondo Selangor Xynlnn Chow menentang atlet Wilayah Persekutuan dalam saingan taekwondo di IDCC, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

“Bagus, ada improve (peningkatan), lawan sampai habis.

“Sangat happy (gembira) lah sebab SUKMA pertama,” katanya.

Kejayaan pada penampilan sulung SUKMA itu sekali gus menjadikan Nur Aina antara tonggak utama skuad taekwondo negeri pada temasya kali ini.

Secara keseluruhan, lima pingat yang diraih turut memperlihatkan peningkatan kutipan pingat Selangor berbanding edisi 2024, selain kejayaan membawa pulang emas selepas gagal meraihnya pada temasya terdahulu.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.