Sasmita sumbang emas acara silambam individu wanita

22 Ogos 2026, 6:58 AM
Sasmita sumbang emas acara silambam individu wanita
Sasmita sumbang emas acara silambam individu wanita

SERI KEMBANGAN, 22 OGOS: Atlet silambam, Sasmita A. Ravi menghadiahkan pingat emas buat skuad tuan rumah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Stadium MBSJ, Serdang Jaya, Sasmita mengumpul 10.9 mata, sekali gus menduduki tempat pertama dalam acara silambam thanithiramai kuthu varisai individu wanita.

Kejayaan Sasmita turut menambah kutipan pingat emas skuad tuan rumah, sekali gus mengukuhkan pencapaian Selangor dalam acara silambam pada temasya kali ini.

Sepanjang aksi, Sasmita dilihat kekal fokus dan teliti dalam setiap pergerakan, selain menampilkan gerakan yang tajam, kemas serta terkawal bagi memastikan persembahannya kekal konsisten.

Untuk rekod, dalam kategori lelaki, Selangor turut meraih pingat emas menerusi Preteish Anbucelvan dalam acara yang sama, sekali gus menyaksikan skuad tuan rumah menguasai kedua-dua kategori individu berkenaan.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.