
SERI KEMBANGAN, 22 OGOS: Atlet Selangor, Kiranjenifeer Danchill meraih pingat gangsa dalam acara silambam thanithiramai stick individu wanita pada temasya SUKMA Selangor 2026, hari ini.
Dalam pertandingan yang berlangsung di Stadium MBSJ, Serdang Jaya, Kiranjenifeer mengumpul 8.467 mata untuk menduduki tempat ketiga, ketinggalan 0.233 mata dari Perak yang meraih pingat perak dengan 8.700 mata.
Pingat emas acara tersebut menjadi milik Pulau Pinang dengan catatan 8.703 mata.
Acara tersebut menyaksikan persaingan sengit antara tiga-tiga penerima pingat apabila jurang mata yang direkodkan antara satu sama lain sangat tipis.
Kejayaan berkenaan turut menyumbang kepada kutipan pingat sekali gus menambah koleksi pingat skuad tuan rumah.








