Kerosakan paip pembentungan punca lubang benam di Persiaran Jubli Perak - MBSA

20 Ogos 2026, 12:21 PM
Kerosakan paip pembentungan punca lubang benam di Persiaran Jubli Perak - MBSA

SHAH ALAM, 20 OGOS: Kerja pembaikan kecemasan sedang dilaksanakan susulan kejadian lubang benam di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 19, di sini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan tindakan awal telah diambil dengan memasang kon keselamatan dan mengawal kawasan terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

"Pemeriksaan awal oleh Indah Water Konsortium (IWK), kejadian tersebut dipercayai berpunca kerosakan pada paip pembetungan awam di kawasan berkenaan," maklum jurucakap MBSA ketika dihubungi.

Menurut MBSA, IWK telah mengambil tindakan susulan dan akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan kecemasan.

Dalam pada itu, MBSA memaklumkan pihaknya akan terus bekerjasama dengan IWK serta memantau pelaksanaan kerja pembaikan bagi memastikan keselamatan orang awam.

Terdahulu, isu itu turut mendapat perhatian di aplikasi Threads selepas beberapa pengguna berkongsi mengenai kemunculan lubang benam di Seksyen 19 yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.