Iran tolak kenyataan Trump, tegaskan hak ke atas Selat Hormuz

20 Ogos 2026, 8:15 AM
Iran tolak kenyataan Trump, tegaskan hak ke atas Selat Hormuz

TEHRAN, 20 OGOS: Seorang penasihat kanan kepada Pemimpin Revolusi Islam berkata Selat Hormuz selama ini dan akan sentiasa kekal milik Iran, sambil menolak kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai laluan air strategik itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Dalam temu bual dengan Al Mayadeen, Mohammad Mokhber berkata Iran adalah satu-satunya pihak yang akan terus menentukan cara laluan air itu diuruskan.

"Kami mempunyai undang-undang berkaitan perkara ini di Majlis Perundingan Islam dan terdapat juga keputusan yang dibuat oleh Pemimpin berhubung Selat Hormuz," kata Mokhber.

Beliau berkata Selat Hormuz akan diuruskan sepenuhnya mengikut aturan yang ditetapkan oleh Republik Islam Iran.

Mokhber menolak kenyataan Trump sebagai "tidak logik, tidak berkesan dan sia-sia" sambil berkata kenyataan itu tidak akan memberi sebarang kesan.

"Kami bersedia sepenuhnya; kami tidak mahukan peperangan, tetapi kami sentiasa bersedia untuk mempertahankan negara," katanya.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.