Belanjawan 2027 dibentang 9 Oktober, kesejahteraan rakyat antara tumpuan

18 Ogos 2026, 8:55 AM
Belanjawan 2027 dibentang 9 Oktober, kesejahteraan rakyat antara tumpuan
Belanjawan 2027 dibentang 9 Oktober, kesejahteraan rakyat antara tumpuan

SHAH ALAM, 18 OGOS: Kerajaan menggariskan 10 bidang tumpuan utama Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini, dengan kepentingan rakyat menjadi keutamaan dalam setiap dasar, ikhtiar dan peruntukan yang bakal dipertimbangkan.

Menurut Kenyataan Prabelanjawan 2027 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, Belanjawan MADANI kelima itu akan terus berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI.

Antaranya ialah Menaikkan Siling pertumbuhan negara, Menaikkan Lantai kesejahteraan hidup rakyat dan Memacu Pembaharuan Tatakelola pentadbiran negara, lapor Astro Awani.

Antara 10 tumpuan berkenaan ialah:

Keadilan sosial dan pembangunan untuk semua

Mengurangkan jurang pembangunan termasuk di Sabah, Sarawak, desa dan pedalaman, selain memperkasa PMKS, koperasi, belia, wanita dan komuniti rentan.

Melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup

.Penambahbaikan subsidi dan bantuan sosial akan diteruskan, dengan beban isi rumah meliputi makanan, perumahan, pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak turut dinilai.

Memperkukuh perlindungan sosial

Kerajaan akan menilai perlindungan KWSP, PERKESO dan skim berkaitan, termasuk bagi pekerja gig, tidak formal serta persediaan menghadapi status negara tua menjelang 2030.

Pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan asas

Tumpuan termasuk TVET, STEM, digital dan AI, selain usaha mengurangkan kesesakan fasiliti kesihatan serta meningkatkan akses perkhidmatan asas.

Perbelanjaan beri nilai terbaik kepada rakyat

Setiap perbelanjaan kerajaan akan lebih berorientasikan hasil, termasuk mengurangkan ketirisan dan memastikan program benar-benar memberi kesan kepada rakyat.

Tatakelola dan penyampaian kerajaan

Kerajaan mahu memperluas GovTech, identiti digital dan penyepaduan data serta mengurangkan kerenah birokrasi.

Kebajikan pekerja dan gaji bermaruah

TVET, latihan semula, kemahiran AI serta usaha meningkatkan produktiviti dan penyertaan wanita dalam tenaga buruh akan diberi perhatian.

Usahawan tempatan dan ‘Made by Malaysia’

Syarikat tempatan akan diperkasa untuk berkembang dan bersaing di pasaran ASEAN serta global.

Pelaburan dan pekerjaan bernilai tinggi

Tumpuan diberikan kepada sektor semikonduktor, AI, digital, peralihan tenaga, farmaseutikal, logistik dan aeroangkasa.

Keterjaminan tenaga, makanan, iklim dan siber

Kerajaan mahu memperkukuh tenaga bersih, agromakanan, kesiapsiagaan bencana serta perlindungan daripada ancaman siber.

Kesemua bidang tumpuan itu masih terbuka untuk diperhalusi menerusi maklum balas rakyat, dengan Portal Belanjawan https://belanjawan.mof.gov.my dibuka 18 Ogos bagi menerima pandangan dan cadangan orang ramai.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.