KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari kedua

16 Ogos 2026, 1:36 PM
KLIK SUKMA Selangor 2026 - Hari kedua

Kontinjen Selangor terus mempamerkan prestasi cemerlang pada hari kedua SUKMA Selangor 2026 apabila mengumpul keseluruhan 28 pingat setakat jam 9 malam hari ini.

Selangor kini mengungguli pungutan pingat dengan 11 emas, sembilan perak dan lapan gangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai antara kontinjen terbaik dalam saingan yang berlangsung di beberapa venue sekitar Selangor.

Antara sukan yang menyumbang pingat kepada kontinjen Selangor ialah pencak silat dan olahraga, selain kejayaan atlet dalam beberapa acara lain yang terus menyumbang kepada pungutan pingat negeri.

Saingan SUKMA Selangor 2026 masih berlangsung dan kontinjen Selangor dijangka terus menambah koleksi pingat menerusi beberapa acara yang dipertandingkan sepanjang hari ini.

Pasukan Selangor berjaya menewaskan pasukan Negeri Sembilan 14-12 dalam kejohanan polo air lelaki SUKMA Selangor di Pusat Akuatik, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Pasukan Selangor berjaya menewaskan pasukan Negeri Sembilan 18-8 dalam kejohanan polo air wanita SUKMA Selangor di Pusat Akuatik, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Pasukan Selangor berjaya menewaskan pasukan Negeri Sembilan 18-8 dalam kejohanan polo air wanita SUKMA Selangor di Pusat Akuatik, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Pasukan Selangor berjaya menewaskan pasukan Negeri Sembilan 14-12 dalam kejohanan polo air lelaki SUKMA Selangor di Pusat Akuatik, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Aksi perlawanan di antara pasukan Selangor dan Sarawak dalam perlawanan bola keranjang SUKMA Selangor di Klang pada 16 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Aksi perlawanan di antara pasukan Selangor dan Sarawak dalam perlawanan bola keranjang SUKMA Selangor di Klang pada 16 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Detik penuh bermakna apabila atlet-atlet judo menerima pingat selepas memberikan aksi terbaik dalam saingan SUKMA 2026 di IDCC, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Atlet judo Selangor, Muhammad Suria (kiri) dan Kok Jean Peng gembira selepas sesi penyampaian pingat di IDCC, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Atlet judo Selangor, Muhammad Iskandar ketika menentang atlet Pulau Pinang dalam pusingan penentuan pingat di IDCC, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Atlet Judo Selangor Muhammad Suria ketika berdepan atlet Wilayah Persekutuan dalam saingan suku akhir di IDCC, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Atlet taekwondo Selangor, Adam Ashwira Adnan beraksi dalam saingan taekwondo Selangor menentang Kedah di IDCC, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Atlet Taekwondo Selangor Xynlnn Chow menentang atlet Wilayah Persekutuan dalam saingan taekwondo di IDCC, Shah Alam pada 16 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Pemain perseorangan Selangor, Sivapriyankaa Krishnan beraksi menentang pemain Wilayah Persekutuan pada perlawanan pertama perseorangan skuasy wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Kompleks Sukan Astaka MBPJ, Petaling Jaya pada 16 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR

Pemain perseorangan Selangor, Moganasundharam beraksi menentang pemain Perlis pada perlawanan perseorangan skuasy lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Kompleks Sukan Astaka MBPJ, Petaling Jaya pada 16 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Pemain perseorangan Selangor, Sailajja Chandrasegaran (kiri) dan Sivapriyankaa Krishnan yang akan beraksi pada perlawanan pertama peseorangan skuasy wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Kompleks Sukan Astaka MBPJ, Petaling Jaya pada 16 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR

Atlet Selangor, Sasha Alyssa Philip ketika beraksi dalam acara Lempar Cakera Wanita Akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Pusat Sukan UPM pada 16 Ogos. 2026. Foto BERNAMA
Kategorigaleri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.