Pekerja JPS maut, tudung terbelit pada penggelek pintu kunci air

15 Ogos 2026, 12:28 PM
Pekerja JPS maut, tudung terbelit pada penggelek pintu kunci air

SHAH ALAM, 15 OGOS: Seorang pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maut selepas tudungnya dipercayai terbelit pada penggelek pintu kunci air di Kunci Air Grand Sabak Hotel, Sabak Bernam, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.35 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam tiba di lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati mangsa berusia 56 tahun terbaring di atas pintu kunci air berkenaan.

“Siasatan awal didapati tudung kepala mangsa telah terbelit di role gate dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementarian Kesihatan (KKM), seterusnya menunggu siasatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPS Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan mangsa sebagai Selaton Nuri, kakitangannya di Sabak Bernam.

Jabatan itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan menyifatkan jasa, komitmen serta dedikasinya sepanjang berkhidmat akan sentiasa dikenang.

JPS turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan keluarganya diberikan ketabahan serta kekuatan menghadapi kehilangan berkenaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.