Iran nafi dakwaan AS kuasai Selat Hormuz sepenuhnya

13 Ogos 2026, 3:00 PM
Iran nafi dakwaan AS kuasai Selat Hormuz sepenuhnya

ISTANBUL, 13 OGOS: Markas Pusat Khatam al-Anbiya Iran pada Khamis menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa negara itu menguasai sepenuhnya Selat Hormuz dan menyifatkannya “pembohongan tidak berasas”, sambil menegaskan laluan perairan strategik itu kekal di bawah kawalan Tehran, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik penyiar tempatan.

“Dakwaan palsu AS mengenai pelayaran biasa kapal melalui Selat Hormuz, yang mencerminkan ketidakupayaan dan kekeliruan ketenteraan negara itu, tidak lebih daripada kepalsuan dan pembohongan tidak berasas,” menurut markas tentera itu dalam kenyataan yang disiarkan penyiar negara Iran, IRIB.

“Selat Hormuz, seperti sebelum ini, kekal di bawah pengurusan dan kawalan penuh Republik Islam Iran,” kata jurucakapnya.

“Tiada kapal komersial atau kapal tangki minyak boleh atau akan dapat melalui selat itu dengan selamat tanpa kebenaran dan pengawasan angkatan tentera Iran,” kata jurucakap itu.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.